07 March, 2007

Adakah Pengundi Akan Ampunkan?

Ini terjemahan artikel terbaru Dr Dzulkifli Ahmad. Versi asal boleh didapati di sini. Emphasis are mine


Adakah Pengundi Akan Ampunkan?

7 Mac 2007

Oleh : Dr Dzulkifli Ahmad

Baru sahaja Perdana Menteri dilanda perasaan gembira untuk memikirkan tarikh Pilihanraya Umum yang akan datang, dia menerima peringatan tajam yang terburuk belum berlalu. Keresahan semasanya akan ekonomi jauh dari zon selesa. Malah, dia kini dihadapkan dengan berbagai lagi kesengsaraan dan pendedahan yang tidak henti-henti tentang korupsi di dalam kerajaannya.

Keriangannya berkenaan ekonomi menerima penangan hebat tatkala ‘spin doctor’-‘spin doctor’ ekonominya yang mengurut-urut angka-angka dagangan berjumlah bertrilion ringgit, pertambahan di dalam simpanan matawang asing, nilaian ringgit yang bertambah kukuh dan peningkatan di dalam pelaburan asing lansung (foreign direct investment, FDI) dicabar. Angka-angka FDI tersebut dipersoalkan oleh laporan yang bertentangan dari United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD). Menteri Perdagangan dan Perindustrian sebelum itu mengumumkan bahawa FDI telah melonjak ke tahap tertinggi pada 2006, menekankan bahawa FDI yang diluluskan untuk sector perkilangan berada pada tahap tertinggi, iaitu RM 20.2 billion (US$5.7 bilion).

Di dalam UNCTAD Investment Brief (Number 1, 2007), FDI Malaysia (kemasukan sebenar, banding diluluskan) untuk 2006 dianggarkan sekitar US$3.9 berbanding US$4.0 untuk 2005 dan US$4.6 (2004). Dakwaan menteri tersebut bahawa Malaysia terus menarik sebagai pangkalan perkilangan dan ekspot, tidak menyampaikan sebaiknya keadaan sebenar. Laporan yang sama mengatakan Thailand telah menarik sebanyak USD$79 bilion manakala India dan Singapura mengaut USD$9.5 bilion dan USD$31.9 bilion masing-masing. Sebagai catatan, Asia masih merupakan sasaran utama untuk FDI di dalam dunia membangun, menarik sebanyak US$20 bilion. Buat semua kebersaingan kita yang diwar-warkan, kita sebenarnya hanya punya 1.7% dari keseluruhan FDI untuk Asia.

Keghairahan Perdana Menteri berkenaan prestasi Bursa Malaysia juga tidak berpanjangan. Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) menjunam dari 1.272.87 pada 27hb Februari kepada 1164.68 pada 2hb Mac, menghapuskan sebanyak RM97.58 bilion dari pemodalan pasaran, kerana nasihat yang tidak diminta Perdana Menteri. Dia telah meramalkan bahawa KLCI mampu mengatasi melebihi 1350-point sebelum akhir tahun. Terpikat dengan nasihat novis Perdana Menteri, ramai pelabor kecil telah terkesan teruk.

Ironisnya, pasti ramai yang mampu ingat yang bahawa tidak lain tidak bukan dari bos Malaysian Institute of Economic Research (MIRE) yang sanggup menghasut Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen. Dia mendakwa ekonomi kini di dalam keadaan terbaik.

Sejak bilakah ketua MIER turut dilantik sebagai seorang ‘penganalisa politik’? Cubaan berani di dalam ‘ramalan politik’ sesuatu yang perlu dikagumi. Cukup tidak sedar akan kesannya, dia sebenarnya telah melakukan sesuatu yang akan merugikan tuan-tuan politiknya dengan terlepas kata scenario ekonomi perit akan datang.

Penelitian penulis akan tulisan semasa ialah kemelesatan bakal berlaku pada akhir tahun di dalam ekonomi US sebagaimana yang diramalkan Alan Greenspan (bekas pengerusi Board of Governers Federal Reserve US). China kini berfikir-fikir megawal pasaran sahamnya yang terlebih bull. Pelabur-pelabur (terutama pengurus hedge fund) mungkin mula munguraikan ‘carry trade’ Yen berikutan kemungkinan Jepun memutuskan untuk menghentikan polisi kadar sifarnya yang bernilai sebanyak US$1 trilion.

Ini akan memberi kesan yang cukup negatif terhadap pasaran kewangan dunia. (carry trade – pembelian di dalam yen Jepun kerana kadar faedah sifar mereka dan berlabor di dalam matawang lain dan aset pulangan tinggi dan mendapat perolehan melalui beza harga jual dengan harga beli). Semua ini scenario menakutkan tentang cabaran antarabangsa yang mendatang yang akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi Malaysia. Betapa surampun ia kelihatan kini, menunggu dengan lebih lama juga tidak akan membantu Perdana Menteri.

Jika semua ini tidak cukup untuk menggoncang keyakinannya terhadap tarikh feng-shui untuk PRU, dia menerima tamparan pula dengan tuduhan terkini terhadap orang nombor satunya atau Direktor-General Badan Pencegah Rasuah, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor berkenaan korupsi dan jenayah seksual.

Parti dan birokrasinya berada bawah tekanan hebat akibat banyaknya penyalahgunaan kuasa dan amalan korup. Tetapi yang ini sudah pasti. Hanya kerana ia yang paling mengancam dan akan mendatangkan bencana terhadap integrity keseluruhan kerajaannya. Tiada jumlah ‘spin’ dari ‘Debat Perdana’ Johan Jaafar tentang ‘Integriti’ mampu menimbal-balik kerosakan ini. BPR merupakan penjaga dan ikon integrity, institusi utama yang diamanahkan dengan memerangi rasuah di dalam sector awam.

Kerana usaha baik Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) yang telah mendedahkan laporan yang ditulis oleh bekas Ketua BPR ACA Mohamad Ramli Manan tahun lalu. Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Noor, berkeras dengan penubuhan suruhanjaya bebas untuk menyiasat tuduhan-tuduhan tersebut. Kedua-dua presiden Majlis Peguam dan presiden Transparency International- Malaysia, pula berpendapat bahawa polis patut dibenarkan melaksanakan penyiasatan penuh terlebih dahulu.

Penulis, kerana telah bertemu dengan pengadu, Mohamad Ramli Manan, percaya bahawa terdapat merit pada cadangan Ezam. Surat-surat kepada KPN ketika itu dan Pejabat Pendakwaraya tidak membuahkan hasil. Apa yang memelikkan ialah penemuan-penemuan polis pada 1997, di mana Zulkipli mendakwa telah dibebaskan dari tuduhan-tuduhan itu, tidak didedahkan umum. KPN telah mengesahkan bahawa laporan-laporan tentang tuduhan-tuduhan jenayah seks dan serangan telah dikemukan semula ke Pejabat Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

Meskipun demikian, sepertimana badan kehakiman, BPR juga layak akan kepimpinan dengan reputasi bersih. Tanpa mahu prejudis terhadap bekas pegawai polis, ia lebih sesuai untuk personality-personality dari para akademik yang sudah mapan, tokoh-tokoh kakitangan awam ataupun pakar undang-undang. Seidealnya, BPR mestilah diletakkan di bawah Parlimen.

Sebaik sahaja Perdana Menteri menyangka dapat berehat, dia ditimpa pula oleh tuduhan korupsi lain terhadap Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum. Dia dituduh telah menerima lebih dari RM 5.5 milion untuk membantu membebaskan beberapa suspek yang ditahan di bawah Ordinans Darurat.

Di persimpangan ini, penulis mula sedar yang semua ‘pendedahan-pendedahan’ ini mungkin ‘titik buta’ penulis. Meski pelbagai ‘kesusahan’ melanda Perdana Menteri, ia tidak lain daripada kerja ‘spin doctors’nya untuk membeloti kesungguhan Perdana Menteri dan pendirian tegas terhadap korupsi. Antara mereka mungkin perlu jatuh atas pedang-pedang mereka sendiri – biri-biri korban barangkali.

Dia bertanding di dalam Pilihanraya menghendaki para pengundi untuk menyokong beliau di dalam agenda ‘memerangi korupsi’ dan Islam Hadhari. Pengundi membenarkan beliau dan memberi beliau kemenangan besar. Setelah 3 tahun, beliau kini tidak mampu untuk mempersembahkan kejayaannya di dalam Islam mahupun berbangga akan usahanya memerangi korupsi. Sikap acuh-tidak-acuhnya memerangi korupsi cukup disaksikan dengan fakta bahawa Plan Integriti Nasional beserta institutnya dilancarkan April 2004. Selepas semua retoriknya, tiada apa yang terlaksana. Kini sudah Mac 2007!

Memandangkan kini sudah detik-detik terakhir tempohnya, beliau terdesak untuk menjustifikasi dakwaan-dakwaanya, menepati janji-janjinya dan menenteramkan kritik-kritiknya. Tetapi bagaimana pula dengan 18 kes profil tinggi yang didedahkan Dr Rais Yatim di permulahan pemerintahannya? Bagaimana dengan RM540 milion yang dibayar kepada pihak ketiga di dalam pembelian kapal selam bernilai RM4.1 bilion? Bagaimana dengan senarai berjela-jela amalan kroni hampir kepada penyalahgunaan kuasa,malah korupsi, yang menguntungkan sebilangan kecil Umnoputra?

Bagaimana dengan pembaziran di dalam pembelian Airbus Jetliner baru bernilai RM 200 milion sedangkan rakyat yang terbeban dinafikan RM104 milion buat pinjaman buku teks buat anak-anak mereka dan lain-lain? Bagaimana dengan inflasi hampir segala-gala yang dihargai rakyat hasil polisi-polisi semberono meningkatkan harga petrol dan diesel? Bagaimana dengan peningkatan tariff air,elektrik dan tol? Bagaimana dengan…? Bagaimana dengan…?

Adakah rakyat dan pengundi akan ampunkan di dalam Pilihan Raya akan datang? Tiada apa lagi perlu dikata.

Pengarah

Pusat Penyelidikan PAS

No comments: