01 December, 2009

In defense of the BTN

Hasil kajian dan maklum balas menunjukkan peserta yang mengikuti kursus anjuran BTN amat berterima kasih kerana dipilih untuk mengikuti kursus yang berbentuk kenegaraan. Mereka mula sedar akan kepentingan memelihara, menjaga dan memastikan kedaulatan negara.

BTN dengan bantuan tenaga fasilitatornya terpaksa menceritakan satu persatu tentang rentetan dan urutan perjuangan wira negara yang berjuang menuntut kemerdekaan.

BTN begitu realistik dalam membimbing peserta kursus tentang betapa pentingnya perpaduan.

Jadi tuduhan BTN menjadi alat kerajaan Barisan Nasional untuk mengindoktrinasikan ideologinya hanyalah mainan politik parti pembangkang yang semakin terdesak dalam cubaan menguatkan kedudukan mereka dalam keadaan sokongan rakyat yang semakin terarah kepada kerajaan Barisan Nasional. — Utusan Malaysia

(via the Malaysian Insider)

No comments: