12 January, 2013

#KL112

Sepatutnya hari ini ramai-ramai mandi tear gas dan water canon tetapi sebaliknya yang tumpah hanya air dari langit renyai-renyai.

Maka selama ini adakah kita telah ditipu hidup-hidup bila tak sudah kita diberitahu yang demonstrasi aman bukan budaya kita?

Polis, bila dibenarkan, jelas boleh menjalankan tugas dengan baik, lebih-lebih lagi bila tangan-tangan lembut yang meremote control dari atas bukit reti duduk diam dan terima nasihat dari orang yang lebih arif.

Dan harap sedar jugaklah retis-retis twittertivist yang rasa diri mereka 'Suara Rakyat Terbanyak' yang sebenarnya kamu hanyalah 'Rakyat Terbanyak Suara'. Reti-retilah bergaul dengan orang-orang biasa bukannya geng dan syncophants (look it up) sahaja.

No comments: