tak semua yang kerajaan buat jahat
Malaysia, Singapura, Indonesia sama-sama kongsi bencana apabila udaranya tercemar secara berlarutan.
Bencana ini mencabar kemampuan manusia untuk menawannya, hatta di negeri maju Singapura yang tidak mampu melindungi warganya walaupun serba berkemampuan di segenap bidang lain.
Kemungkinan jerebu ini hasil perlakuan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab – manusia-manusia tamak pelbagai kewarnegaraan, menjadikan kejadian ini semakin lucu. Apa yang kebiasaannya diguna sebagai metafora telah terbukti secara literal, terlalu mudah memulakan api, tetapi tidak mudah untuk tahan ia dari merebak.
Apabila kita menghirup udara tercemar ini, mungkin toksik, karsinogenik, ada masa fotogenik, kita mencari-cari sesuatu dipersalahkan, dan pada masa yang sama menjadi tempat kita sandarkan harapan untuk membetulkan keadaan.
Kerajaanlah sasaran yang wajar untuk ini, kerana pemerintahlah yang dipertanggungjawabkan untuk mengatur dan melindungi negara kita dari kerosakan.
Di dalam konteks tempatan, kerajaan Malaysia bukanlah kerajaan yang digemari secara keseluruhan (walaupun tidak pernah ada kerajaan federal alternatif sebagai bandingan) dan juga tidak seratus peratus diyakini competent. Namun apabila berhadapan suasana seperti ini, kita perlu beri peluang kepada pentadbir-pentadbir negara untuk mencari cara-cara untuk menyelesaikan masalah jerebu ini.
No comments:
Post a Comment