Islam Di Sumatera Barat
Nukilan ini dikarang tidak lama selepas penulis pulang ke tanahair dari tanah seberang. Perjalanan selama 4 hari ke Bukittingi, Sumatra Barat, Indonesia, meskipun tidak mengisi jiwa tetapi terhasil jua darinya pemerhatian-pemerhatian dan pergolakan-pergolakan baru dalam minda penulis akan realiti Islam di dalam dunia nusantara moden.
Sekian maklum Islam sudah tersebar luas sejak berkurun lagi di Nusantra. Pelbagai artifak yang ditemui dijadikan asas bagi pelbagai teori-teori perkembangannya. Ada yang berpendapat hadirnya Islam di bumi ini hasil usaha para pedagang Arab. Ada pula yang berpendapat dari pedagang Cina yang bertandang. Yang jelas, Islam telah diterima dari strata tertinggi masyarakat Melayu purba sehingga ke rakyat jelata, mengakibatkan berlakunya perubahan identiti masyarakat dari sebuah komuniti berpaksikan adat dan budaya Hindu-Buddha kepada ummat Islam di dalam masa yang singkat.
Pepatah Melayu mengatakan,
Adat bersendi HukumNamun, dari pengamatan ringkas penulis, perkara ini tidak semestinya berlaku. Kesan kebudayaan Hindu-Buddha masih terdapat di dalam masyarakat Nusantara hari ini. Malah sesetengah merupakan elemen-elemen yang jelas bertentangan dengan sifat Monotheistik Radikal Islam namun terus diamalkan dari zaman ke zaman.
Hukum bersendi Kitabullah
Mari kita singkapi kisah Dato' Perpatih. Beliau dikhabarkan merantau ke merata tempat demi mencari ilmu Islam, dan ajarannya hari ini kita kenali sebagai Adat Perpatih. Berlawanan dengan Dato' Temenggung, pengasas adat Temenggung (juga eksport Minangkabau), yang berdiam sahaja di tempatnya. Kesempurnaan ilmu Islam Dato' Perpatih berjaya mewujudkan suatu mekanisme efektif yang melindungi kaum wanita masyarakat Minang dan memastikan lubang kemaksiatan tertutup rapat dengan membela nasib golongan tersebut (sekali lagi, mohon dibetulkan sekira tidak tepat).
Saya sering tertanya-tanya dahulu apabila membaca buku-buku Pak Hamka, bagaimana dia mampu mencipta sebuah masyarakat islam ideal tetapi pada masa yang sama visi yang dihadapkan itu tidak idealistik. Nah, Sumatera Baratlah jawapannya.
No comments:
Post a Comment