04 February, 2007

Sebarang komen berkenaan ulama' umpama meniti jambatan yang rapuh. Terlampau mudah untuk pandangan ikhlas seseorang disalahertikan menjadi kritikan terhadap institusi mulia ini. Jadi, boleh bayangkan bagaimana gembiranya saya tatkala menatap artikel terbaru dari Harakahdaily ini, "Keengganan Ulamak Turun Padang Rosakkan Umat Islam", di mana seorang Ulama' sendiri menyuarakan secara terang-terangan sebuah pandangan yang terbungkam sulit di dalam dada ramai.

Petikan:

"Ulamak masa kini ada yang selesa dengan harta dan rumah besar. Mereka seolah-olah bukan cendiakiawan Islam yang bertanggungjawab memelihara Islam agar cemerlang bahkan kadang-kadang boleh merosakan masa depan Islam," ujarnya.


"Berceramah memang penting tapi buat kerja dekat masyarakat sama walaupun terpaksa masuk disko, pub atau pusat membeli belah. Baru ada cabaran," tegasnya


Diri yang jahil ini ingin mencadangkan, bukan setakat disko pub saja ustaz, tapi bus stop, bank, universiti,mahkamah, kilang, studio, panggung wayang semua masuk. Situasi kini begitu memerlukan kepada ilmu Islam tulen. Kini, segala-galanya perlu peringatan.

No comments: