Kurang Ajar
Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar.
Usman Awang
Ulasan:
Tuan punya blog ini bukanlah seorang pakar sastera tetapi terpanggil untuk mengulas sedikit tentang sajak ini. Sajak 'Kurang Ajar' ini, sebuah lagi sajak kritik terhadap orang Melayu oleh Usman Awang, iaitu kritik intra-melayu sepertimana sajaknya yang masyhur di blogosphere, Melayu.
Sajak ini menarik kerana ia menggunakan suatu frasa kesat, iaitu 'Kurang Ajar' untuk dijadikan punca semangat untuk memajukan bangsa. Kata-kata seorang menteri tidak lama dahulu juga telah membayangkan sentimen yang sama dengan menggunakan frasa yang sama (sama ada ucapan itu mendahului sajak ini tidaklah penulis ketahui.)
Lazimnya, 'kurang ajar' merupakan satu kecaman yang sangat berat yang boleh dilontarkan kepada seseorang seperti dinyatakan di awal sajak:
Sebuah perkataan yang paling ditakutiIa bukan sahaja cerminan peribadi individu tersebut, malah turut mengimplikasi ibubapanya tidak membesarkannya dengan baik. Seorang individu akan dituduh 'kurang ajar' jika perilakunya kurang beradab dan terlibat di dalam aktiviti-aktivi anti-sosial.
Untuk bangsa kita yang pemalu
Sebaliknya di sini kita dapati
Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Anak itu memang dididik khusus untuk menjadi 'kurang ajar', agar dia tidak 'mewarisi malu ayahmu'. Masyarakat Melayu acapkali dilabel sebagai malu, segan, tidak berani, tak mampu, lemah, miskin yang diberi oleh orang Melayu sendiri. Dari mana datangnya perasaan hina diri ini tidak saya ketahui tetapi penyajak berpendapat " Kerana ajaran malu dari bangsanya." Baris ini kurang jelas kerana apa yang dimaksudkan dengan 'dari bangsanya'? Adakah orang Melayu itu memang lahir dengan kekurangan tersebut? Adakah ia tertulis di dalam DNA mereka? Adakah budaya mereka melahirkan individu-individu yang 'teringin tetapi takut'?
Persoalan ini bukan isu pokok di dalam sajak ini. Sajak ini menyeru advancement, kemajuan daripada terus-menerus mencari punca kelemahan orang Melayu. Penyajak mengajak bangsa Melayu untuk menjadi bangsa 'besar' dan mencadangkan Melayu mencapai matlamat itu dengan menjadi bangsa yang 'kurang ajar'.
Pada masa yang sama, apa yang dimaksudkan dengan 'kurang ajar' itu? Masyarakat Melayu tradisional terkenal dengan adab dan tatasusilanya serta menitikberatkan masyarakat sehingga dinobatkan sebagai 'the eastern gentlemen' oleh imperialis. Logiknya, 'kurang ajar' akan bermaksud lawan dari sifat-sifat tersebut, iaitu tidak beradab, tiap-tiap orang untuk diri mereka sendiri (atau bahasa pasarnya, "gua tak kacau lu, lu jangan kacau gua"). Tidakkah ciri-ciri ini kita jumpa di dalam masyarakat Melayu moden? Adakah masyarakat Melayu semasa memenuhi maksud 'bangsa besar' penyajak?
Penyajak menyediakan untuk kita definisi 'kurang ajar' di dalam rangkap ketiga:
Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.
Penggunaan imej desa (tempat lazimnya ada petani) menggambarkan sajak ini ditujukan buat masyarakat kampung. Pada masa yang sama ia juga menarik minat individu nostalgis yang terkenangkan sejarah lampaunya membesar dikelilingi ayam, itik dan sawah padi, imej yang sinonim dengan Melayu sepertimana 'malu' tadi.
Penyajak menggunakan suatu imej Melayu terhadap imej Melayu yang lain (betapa negatifpun.)
Petani-petani digambarkan 'kurang ajar' mengusahakan tanah 'dengan caranya'. Cara didefinasikan Kamus Dewan sebagai 'gaya atau kaedah'. Maka baris-baris "Lihat petani-petani yang kurang ajar/ memiliki tanah dengan caranya" tidak bermaksud mereka bertindak secara melulu. Sebaliknya mereka menurut kaedah tertentu untuk 'kurang ajar' supaya dapat 'memiliki' yakni menguasai tanah untuk mendapat hasil.
Oleh itu, 'kurang ajar' boleh ditafsirkan untuk bermaksud 'perkara yang asing untuk mencapai suatu matlamat menurut kaedah tertentu'. Ia perkara yang asing kerana ia tidak pernah ada di dalam diri Melayu seperti kata penyajak " Sebelumnya mereka tak punya apa". Ia juga bukan sesuatu yang dilakukan secara sia-sia, sebaliknya dilakukan untuk memperoleh sesuatu hasil.
Akhir kata, sajak ini dengan ekonomi bahasanya dan imej tradisinya membawa mesej yang terus relevan difikirkan bangsa Melayu, untuk mereka terus maju di muka dunia.
2 comments:
Salaam.
*In writing this, I hope that you will ignore everything I said the other time. It was snap judgement and completely uncalled for.
Now, down to the gritty stuff.
When I first read the sajak 'Kurang Ajar' by Tongkat Waran, I felt that it was obvious criticism of the Aboriginal Rights Act and how it was misused and continues to be misused still.
I thought that the final paragraph, where he mentions that he should teach this 'kurang ajar' method to his child, indicates that he sees a future where the only way to get anything would be by waving the Aboriginal Rights Act in everyone's faces.
Smart choice of a sajak. Come to think of it, it's very you.
Haha.
But tell me, who brings a Kamus Dewan to Melbourne, what with the luggage restrictions and all?
www.dbp.gov.my - khidmat nasihat bahasa.
'Aboriginal Rights Act' - good euphimism.
Post a Comment