01 February, 2010

Berjalan dalam gelap

Mereka berjalan antara lampu malap dan gelap taman.
Mereka berkeluh dan merintihkan dunia.

Dua pengimpi tenang.
Dua hati yang sesak kerana pahit dunia.

"Bagaimana?" tanya seorang, "Mengapa?" jawab temannya.
Soalan masing-masing hanya disahut jangkaan yang bawa kekeliruan.
Semak-samun dan kegelapan sembunyikan tanda-tanda panduan ke arah penyelesaian.


Begitulah keduanya cuba melepasi malam gelap itu.
Sudah penuh luka dan nanah.
Sudah mula lelah dan kalah.
Tetapi kekal berharap dan berdoa selamat bertemu fajar kembali.

Sayang mereka berpisah.
Berbeza hala di persimpangan.
Dua hati pengimpi tenang kini merentasi taman sendiri, tetapi yakin terintip cahaya pagi.

No comments: