Free translation 1
Rough version, needs editing.
Peter Thiel: Kita semua di dalam sebuah buih dan ia tidak datang dari sektor internet. Ia dari sektor pendidikan tinggi
Laman asal: http://techcrunch.com/2011/04/10/peter-thiel-were-in-a-bubble-and-its-not-the-internet-its-higher-education/
Ahad, 10 April 2011
Sarah Lacy
Amaran awal: artikel ini akan menimbulkan rasa tidak puas
hati di kalangan ramai pembaca.
Saya berani berkata demikian kerana artikel ini tentang
Peter Thiel. Dan Thiel – salah seorang pengasas PayPal, pengurus hedge fund dan venture
capitalist – bukan sahaja mempunyai bakat mencari kekayaan, tetapi dia juga
punya bakat membuat orang marah.
Sesetengah orang
bersifat kontrarian semata-mata
mendapatkan tajuk utama akhbar atau mencilok
pasaran-pasaran. Untuk Thiel, ia memang cara dia memandang dunia. Pastinya
satu kelebihan buat seorang yang sejak azali kontrarian ialah ia akan membawa
kepada benda-benda seperti tajuk-tajuk akhbar dan kekayaan.
Renung kembali
keruntuhan Nasdaq pada tahun 2000. Thiel antara golongan kecil yang sedar ia
datang menuju mereka. Ada sebuah kisah masyhur tentang pusing venture capital Paypal pada Mac 200. Tawaran yang dibuat ‘hanya’
untuk penilaian $500 juta, lebih kurang. Hampir semua di dalam BOD tidak berseuju, kecuali Thiel yang
dengan tenangnya member tahu semua di situ yang ini merupakan buih di
kemuncaknya, dan syarikat ini perlu mengambil setiap sen yang ia boleh
sekarang. Begitulah betapa nyarisnya Paypal hamper menjadi korban dot com
seperti WebVan atau Pets.com.
Setelah ia meletus, Thiel berdegil mengatakan tidak berlaku
keruntuhan: Dia berhujah yang buih ekuiti hanya beralih ke pasaran perumahan.
Thiel begitu yakin dengan thesisnya yang sehingga baru-baru ini, dia menolak
untuk member property, meskipun
nilai harga peribadinya melonjak. Dan,
sekali lagi, dia betul.
Jadi Jumaat lalu, sambil saya duduk bersama Thiel di rumah
San Francisco yang akhirnya dia miliki, saya musykil akan apa pendapatnya
tentang kegilaan web semasa. Tidak mengejutkan, buih internet yang baru jauh
dari mindanya. Tapi, dia mengatakan, Amerika di bawah bayangan sebuah lagi buih
dari jenis yang sangat berbeza. Adakah ia buih pasaran baru muncul? Awak boleh katakana demikian, kata Thiel, tapi dia
juga mengingatkan yang hamper separuh dari populasi dunia sedang menuju kea rah
kemodenan, susah untuk mengatakan yang dunia baru muncul ini dinilai lebih.
Sebaliknya, untuk Thiel, buih yang telah mengambil alih
tempat perumahan ialah buih pengajian tinggi. “Buih sejati ialah apabila
sesuatu dinilaikan terlampau tinggi dan diyakini sekuatnya,’ dia berkata. ‘Pendidikan
mungkin satu-satunya perkara yang masih orang percaya di Amerika Syarikat.
Untuk mempersoalkan pendidikan sangatlah berbahaya. Ia suatu tabu mutlak. Ia
seperti memberitahu duinia yang Santa Claus tidak ada.”
Seperti buih perumahan, buih pendidikan berkisar tentang
keamanan dan insurans untuk masa hadapan. Keduanya membisikkan janji menggoda
ke dalam telinga-telinga warga Amerika yang kerisauan: Lakukan ini dan anda akan selamat. Pembaziran dalam keduanyan selalu dimaafkan kerana satu kepercayaan
tunjang nasional yang walau apapun terjadi di dunia, mereka dua tetap merupakan
pelaburan terbaik yang boleh anda buat. Harga rumah akan terus naik, dan anda
akan terus buat duit jika anda berpendidikan universiti.
Seperti mana-mana buih yang bagus, keyakinan ini – walaupun punyai
asas kebenaran – ditolak ke taraf yang tidak sihat. Thiel menceritakan tentang konsumsi yang berlakun sebagai pelaburan
semasa buih pelaburan, di mana orang mengambil pinjaman faedah-sahaja atas
dasar spekulasi untuk membeli rumah yang lebih besar dengan kolam renang dan
memberitahu diri mereka yang mereka sebenarnya berjimat dan menabung untuk
persaraan. Sama juga, idea yang anda ke Harvard hanya untuk belajar? Betul lah
tu. Tidak ada orang membayar suku million dollar hanya untuk membaca Chaucer.
Janji tersirat di situ ialah anda bekerja keras untuk ke sana, dan kemudia anda
telah aman untuk baki hidup anda. Ia mungkin membawa kepada satu perasaan
kelayakan yang tidak sihat. “Ia sesuatu yang anda telah diberitahu sepanjang
hidup anda, dan ia cara sekolah-sekolah merasionalkan suku juta dollar hutang,”
kata Thiel.
Meruncingkan keadaan lagi apabla President George W Bush
mengumumkan tahun 2005 yang hutang pinjaman pelajaran ialah satu-satunya
perkara yang anda tidak akan dapat megelak apabila mengishtiharkan diri
bankrap, kata Thiel. “Ia sebenarnya lebih teruk dari mortgage yang terul,” dia berkata. “Anda harus buang masa hadapan
anda untuk membayar balik semua hutang dari sekolah hebat yang sepatutnya member
anda masa hadapan.”
Tetapi pertikaian Thiel terhadap pendidikan sebenarnya jauh
lebih dalam. Dia merasakan yang
benar-benar salah untuk masyarakat mengepilkan harapan tertinggi orang untuk
kehidupan yang lebih elok kepada sesuatu yang pada asasnya mengasingkan. “Kalau Harvard benar-benar pendidikan terbaik, jika
ia betul begitu berguna, kena tidak difrancaiskan supaya lebih ramai boleh
datang? Kenapa tidak buat 100 affiliate
Harvard?’ dia berkata. “Ia sesuatu yang melibatkan kekurangan dan status. Di
dalam pendidikan, nilai anda bergantung kepada kegagalan orang lain. Apabila
Dariwinisma disebut ia selalunya satu justifikasi untuk melakukan sesuatu yang
kejam. Ia cara untuk mengendahkan orang yang telah jatuh ke dalam lubang-lubang, sebab anda konon-konon
percaya yang jikalaula mereka mungkin ke Harvard, mereka akan ok. Mungkin itu
tidak benar.”
Dan ia merebak kebawah ke kolej dan university swasta lain.
Di sebuah event dua minggu lalu, saya bertemu Geoffrey Canada,
salah seorang bintang di dalam dokumentari “Waiting for Superman.” Dia
menceritakan tentang sebuah kolej yang dia menjadi penasihat yang mengatakan
bahawa tidak mungkin mereka mengurangkan uran mereka, semata-mata kerana nanti
orang akan menganggap yang mereka ini kuran prestigious.
Thiel orang pertama untuk mengesahkan ada dari janji-janji
keamanan ini benar. Dia sendiri membersar di dalam sebuah rumah tangga kelas
tengah-atas yang selesa dan telah ke Stanford dan Stanford Law School. Dia memang telah mendapat beberapa kelebihan,
seperti persahabatan dengan kolaborator lazimnya dan teman pelabur
Keith Rabois dan Reid Hoffman. Hari ini dia disenariakan di dalam senarai
billionair Forbes dan mempunyai sebuah rumah besar di San Francisco dengan
seorang butler. Berapa banyak dari
kejayaannya itu kerana dirinya dan berapa banyak Stanford? Dia tidak tahu.
Tiada siapa thu.
Tapi, dia berkata, itu tidak bermaksud ia bukan satu dinamik
eliti yang tidak selesa yang kita perlu cuba ubah. Dia membandingkannya dengan
sebuah dunia di mana semua orang membeli pistor untuk kekal selama. Mungkin
mereka memerlukannya. Tapi mungkin mereka juga perlu melihat sebab-sebab kenapa
hidup begitu berbahaya dan selesaikan itu juga.
Solusi Thiel untuk membuka minda yang tidak mampu
sewenang-wenangnya ke Harvard? Cucuk satu lubang kecil tapi jitu ke dalam buih Ivy League dengan meyakinkan
beberapa dari pelajar-pelajar paling berbakat untuk berhenti bersekolah dan
cuba cara lain. Idea dropout berjaya telah ddokumenkan dengan
baik didalam linkungan usahawan teknoologi. Tetapi Thiel dan Founder Fund
managing partner Luke Nosek mahukan sesuatu yang kurang pelik, maka mereka telah memikirakan sebuah idea “20 under 20”
September lepas, dan mengumumkan program itu hanya beberapa hari selepas itu di
San Francisco Disrupt. Ideanya mudah:
Pilih dua puluh pelajar terbaik di bawah unuur 20 tahun dan bayar mereka
$100,000 sepanjang dua tahun untuk tinggalkan sekolah dan mulakan sebuah syarikat.
Dua minggu lalu, Thiel senyap-senyap menjemput 45 finalis ke San Francisco untuk
ditemuduga. Semua yang dijemput hadir- tanpa ada ibu bapa melolong kelihatan.
Thiel dan krewnya telah mula untuk mengurangkan final ke dua puluh yang
terakhir. Mereka akan mengumumkannya di dalam minggu yang akan datang.
Walaupun sebuah program kontroversi bagi ramai di dalam
media, ramai pelajar, ibu bapa mereka, dan ahli industry technologi memberinya
sokongan padu. Thiel telah menerima lebih dari 400 permohonan dan kebanyakannya
dari sekolah-sekolah atasan, termasuklah 17 pemohon dari Stanford. Dan lebih
dari 100 orang di dalam networknya telah bersetuju untuk menjadi mentor kepada
mereka ini.
Thiel merasakan yang telah berlaku satu perubahan besar sejak
tiga tahun yang lalu, sewaktu mana hutang telang meningkat dan ekonomi tersadung. ‘Ini tidak mungkin munasabah
pada tahun 2007,” dia berkata. “Ibu bapa melihat anak-anak mereka pulang ke
rumah selepas university dan mereka berfikir, ‘Ada yang tak kena. Ini tidak
sepatutnya berlaku.’ Kami terkejut betapa sedikitnya tentangan kami terima dari
ibubapa.” Thiel memberitahu yang sebilangan pelajar telah member tahu dia yang
sama ada mereka dipilih atau tidak, mereka akan meninggalkan sekolah untuk
memulakan sebuah syarikat. Ramai lagi yang membina hubungan rapat dengan
penyaing mereka semasa retreat di Silicon Valley yang singkat itu – seperti sebuah
kumpulan sokongan untuk pelajar-pelajar yang tidak mudah puas seperti
mereka.
Tapi pasti, jika Thiel merasakan masalah buih pendidikan
tinggi ialah elitism, mengapa ramai yang dijemput pelajar-pelajar Iy League? Di
mana pelajar-pelajar pintar dari dalam kota yang telah dikecekan oleh
kesempitan ekonomi dan sistem pendidikan yang gagal di bandar seperti Detroit;
pelajar-pelajar yang paling memerlukan kenaikan?
Thiel menjelaskan bukan semua mereka elit. Ramai pemohon datang dari negara-negara
lain, sesetengah mereka dari kampong pedalaman dari pasaran membangun.
Tetapi program itu mempunyai serong jelas terhadap bakat,
dan suka atau tidak, bakat biasanya akan ditemui di dalam university swasta.
Lagipun, dia tidak mencadangkan yang semua orang sesuai untuk berhenti sekolah
lebih dari mengatakan yang semua orang harus menjadi usahawan. Tetapi untuk
memulakan sebuah contoh aspirasi baru – sebuah laluan alternative – ia lebih
munasabah untuk dimulakan di kalangan orang yang mempunyai semua pilihan. “Semua
memikirkan pelajar-pelajar dalam bandar Detroit perlu melakukan sesuatu yang
lain,” kata Thiel. “Kami mengatakan yang mungkin orang yang di Harvard perlu
melakukan benda lain. Kita perlu menyusun
kembali piawai bagi yang berada di atas.”
Ini memberi pembayang kepada suatu lagi pembeza yang menarik
di antara buih perumahan dan buih pendidikan: Kelas. Buih pendidikan hampir
keseluruhannya sebuah fenomena kelas pertengahan. Walaupun hampir seluruh
negara disalutinya, masih ada naratif berlawanan di dalam program-program
seperti CNBC dan di dalam surat khabat seperti Wall Street Journal yang
mengomok-omokkan manusia-manusia bodoh yang membeli kondo-kondo di Florida itu.
Tetapi tanpa pendidikan, tidak akan ada naratif oposisi lansung, kerana ia
berakar di dalam lapisan kelas atasan yang terelit.
Thiel menganggap inilah kerana rancangan kecilnya untuk
meminta 20 orang pelajar untuk berhenti bersekolah untuk beberapa tahun dilihat
begitu mencabar oleh beberapa orang denga megafon terbesar untuk menjerit
tentangnya. “Mereka yang paling kritis terhadap program ini adalah mereka yang
paling leka tentang keadaan negara ini sekarang,” katanya.
No comments:
Post a Comment