Free Translations 2: Berjenama seperti Rock Star
Leave a comment if you want to help with translations
---
Ketulenan v. Kesempurnaan
: Cara untuk berjenama seperti rock star
Oleh Steve Jones
Dis 30 2011
Balada jiwang ‘Honesty’
Billy Joel telah menyampaikan kebenaran nun jauh di tahun 1979 lagi. Tetapi
pada masa itu, strategi membina jenama yang diterima ramai ialah mencipta
persepsi yang selalunya jauh dari reality. Kejujuran bukanlah satu strategi
yang diterima ramai untuk tujuan pemasaran sebelum revolusi digital yang
membadai kita di penghujung 90-an. Hari ini, semakin banyak jenama menyedari
yang kejujuran itu perlu dalam mewujudkan sebuah tapak peminat yang setia.
Mereka baru mempelajari ilmu-ilmu yang telah jelas dalam rock ‘n’ roll selama
bertahun-tahun: mendedahkan kesilapan dan kekurangan kamu akan menjadikan kamu
lebih ‘benar’, lebih manusiawi, dan kebarangkalian besarnya lebih disayangi.
Pada tahun 1965 The Beach
Boys telah merakan sebuah lagu yang menunjukkan bagaimana ketulenan ialah suatu
nilai yang tak lapuk di zaman. Ia sebuah lagu yang saya telah lama suka, tetapi
saya tidak pasti kenapa sehinggalah saya mula menganalisa pertalian diantara
jenama-jenama dan peminat mereka. Ketulenanan begitu kuat meresap keluar dari
lagu ini. The Beach Boys sudah berjam-jam di studio pada hari itu merakam dan
sangat perlukan istirehat. Seronok bagaimanapun bermain di dalam band, untuk
berjam-jam melakukan take demi take lagu
yang sama memang akan membuat bosan suatu proses yang sepatutnya menyeronokkan.
Semasa sesi rakamanan yang
meletihkan itu, beberapa orang rakan band itu telah datang ke studio,
termasuklah Dean Torrence dari kumpulan Jan & Dean. Mike Love pergi ke
seberang jalan untuk membeli beberapa kotak beer. Dengan setiap take, dan
selepas setiap beer, sesi rakaman itu mula menyerupai sebuah pesta.
Lagu-lagunya menjadi semakin pelik dan lebih pelik. Mereka mula mengimprovisasi
dan bermain-main. Pemain dram Hal Blain mengetuk apa saja di kelilingnya,
termasuklah bekas habuk rokok pada satu
ketika. Semua orang di dalam bilik turut serta menyanyi, walaupun mereka tidak
tahu kata-katanya. Brian Wilson, dibantu Dean Torrence, terus-menerus menaikkan
suaranya di atas hiruk-pikuk berbualan dan gelak ketawa di kelilingya, sehingga
dia tidak dapat menahan lagi dan dia sendiri tewas ke dalam keriuhan itu.
Mujur pita-pita itu tidak
berhenti merakam kerana hasil akhirnya menjadi lagu hit tempat kedua pada
Disember 1965. “Barbara Ann” kekal menjadi antara lagu Beach Boys yang paling
diminati, empat puluh lima tahun selepas pesta di studio itu selesai. Salah
satu sebab orang masih sukakan lagu ini kerana setelah sekian lama ia masih
menonjolkan kejujuran yang tersinar cerah. Bukan Beach Boys sahaja band yang
meninggalkan kesilapan mereka di dalam rakaman akhir. Lagu ‘Taxman’ dan ‘The
Long and Winding Road’ oleh The Beatles hanya dua dari banyak yang menampilkan
nota guitar yang tersilap, kesilapan dram, dan pelbagai bunyian mikrofon. The Beatles terkenal dengan kesilapan, outtakes dan eksperimentasi. Produser
mereka George Martin bijak meninggalkan banyak daripadanya di dalam rakaman
kerana ia menjadikan lagu-lagu itu lebih menarik, mencuri perhatian, dan
manusiawi. Ada yang berkata yang lapan nota piano yang diulang-ulang di awal ‘Old
Time Rock ‘n’ Roll’ oleh Bob Seger merupakan suatu kesilapan. Alat perakanm secara
tidak sengaja memainkannya semula dua kali, dan Seger dan produsernya suka kesannya
terhadap lagu dan membiarkannya di situ.
Lagu yang menampilkan apa
yang majalah Guitar World menggelar
solo guitar kedua terbaik di dalam sejarah rock juga sebenarya sebuah kesalahan
yang tidak sepatutnya wujud. Eddie Van Halen sedang memanaskan badan untuk
sebuah gig di Whisky A Go-Go di Los Angeles dan mula bermain-main skala dan
berspontan di dalam studio dengan sebuah lagu yang sudah bertahun band itu
mainkan. Produser Ted Templeman pada waktu itu terus merakam. Seperti kata Van
Halen, ‘ Ia suatu yang sangat pelik. Ia hanyalah sesuatu yang tak disengajakan.
Secara kebetulan dia terus merakam.” Hasilnya ialah permata yang dipanggil “Eruption”.
Di dalam Album Van Halen, ia merupakan lagu sejurus sebelum “You Really Got Me”.
Sehingga hari ini, peminat sejati tidak boleh mendengar “You Really Got Me”
tanpa mendengar “Eruption” dahulu. Mereka telah mencantumnya menjadi sebuah
hasil klasik rock ‘n’ roll. Bukan sahaja ‘Eruption’ tidak patut wujud, tetapi
di dalam rakaman akhir juga turut terdapat kesilapan. “Saya mainkannya pun
tidak betul,” Van Halen memberitahu Guitar World. “Ada kesilapan di bahagian
atasnya. Bila saya mendengarnya, saya selahu terfikir, ‘Cis, aku patut boleh
main lagi elok.’”
Dari
zaman rakaman four-track analog lagi, George Martin, Brian Wilson, Bob Seger,
dan Eddie Van Halen semuanya ada kebolehan untuk mencipta kesempurnaan audio.
Mereka tidak perlu meninggalkan kesilapan di dalamnya. Tetapi mereka secara
sedar membiarkannya berkali-kali kerana kekurangan menambahbaikkan lagu itu.
Ada satu masa, hanya
beberapa tahun yang lalu, di mana untuk mempunyai suata jenama taraf rock star
bermaksud menghilangkan setiap jeragat dan kekurangan. Apabila sesuatu masalah
berlaku, syarikat-syarikat cepat-cepat menutupinya dan mengatakan ‘no comment’.
Sebelum Internet dan media social timbul, syarikat-syarikat boleh menutupi
kekurangan dengan pengiklanan imej. Mereka boleh sorok masalah mereka dan
menampilkan gambaran yang sempurna untuk pengguna-pengguna mereka. Di zaman
itu, segalanya untuk wang. Anda boleh membeli apa-apa imej yang anda hendak dan
tidak banyak benda yang boleh menghalang anda.
Hari ini tapak kuasa telah
beralih, dan pengguna-pengguna ada kuasa yang sama, atau lebih hebat. Layan pengguna
dengan teruk, dan waktu itu juga ramai orang akan tahu tentangnya melalui
kemaskini status Facebook dan Twitter. Beri layanan teruk di hotel atau tempat
makan dan ulasan segera di Travelocity dan laman-laman lain akan memberi kesan
serta-merta. Kalau anda melakukan kesalahan hari ini, tiada cara untuk
bersembunyi dari perbincangannya. Banyak jenama masih memilih untuk tidak
mengendahkan perbincangan ini, tetapi ia tetap akan berlaku. Oleh kerana
keberhubungan yang tidak pernah dialami ini, jenama-jenama hari ini perlu lebih
tulen. Tiada lagi cara untuk membeli iklan yang dapat melawan kempen kata mulut
negative yang bererusan kerana media social
membenarkan kata mulut untuk mencapai lebih ramai orang lebih pantas dari
iklan. Jenama bijak hari ini berinteraksi dengan penggunanya dalam dialog dua
hala. Dengan mengguna media social, jenama-jenama boleh mengakui kekurangan
mereka dan kesalahan apabila berlaku masalah, dan mereka boleh berkongsi dengan
pengguna mereka cara-cara mereka cuba memperbaiki keadaan. Gergasi kabel
Comcast satu contoh baik jenama yang telah mengubah dengan drastik kepuasaan
penggunanya melalui media social. Di dalam tahun 2008 mereka mula menggunakan
Twitter secara aktif untuk memerhati masalah pengguna dan membantu mereka
secara proaktif. Layanan pengguna mereka yang sebelum ini teruk semakin baik
kian tahun.
Ada juga jenama bijak yang telah memillh untuk menjadikan
kekurangan mereka salah satu tarikan mereka. Apa yang akan anda lakukan jika
produk anda menjijikkan tetapi sangat-sangat berkesan? Cara lama ialah untuk
mengendahkan rasa jijik itu dan menggunakan budget pemasaran anda untuk
mempromosikan keberkesanannya. Cara lama ini ialah untuk menceritakan certa
versi anda kepada orang ramai, tetapi ia mengendahkan reality. Ubat batuk
Buckley’s dari Canada tidak menggunakan jalan ini. Ubat batuk mereka tidak
berasa enak. Malah, rasanya sangat teruk. Tetapi ia memang jelas berkesan.
Buckley’s mungkin sahaja menggunakan budget pengiklanan mereka untuk
menyampaikan kepada orang ramai betapa berkesannya produk mereka dan cuba
menyembunikan yang rasanya cukup jelek. Mereka dengan pintar telah mengubah
kekurangan ini menjadi suatu kelebihan. Mengapa pilih jalan susah? Slgan
Buckley’s ialah, ‘Rasanya teruk, tapi ia berkesan.’
Bijak. Mesej iklan yang
bermula dengan sesuatu yang dipersetujui semua pengguna produk itu – rasanya teruk.
Tanggapan umum yang ubat patut tidak enak diambil menguatkan lagi mesej yang
disampaikan. Al-maklum, ubat yang rasanya seperti gula-gula tidak mungkin
berkesan seperti ubat yang teruk rasanya. Itulah cara minda manusia berfikir
tentang ubatan! Bergenerasi sudah dibesarkan dengan ubat yang tidak enak.
Dengan menyandarkan mesej iklan mereka di atas reality dan kejujuran, Buckley’s
telah menjadi sangat-sangat berjaya. Kempen TV mereka menakjubkan, dan video
internet mereka sangat-sangat popular. Buckley’s telah mencipta sebah jenama
berdasakan ketulenan dan kejujuran.
Marmite ialah sebuah lagi produk, yang buat banyak lidah,
tidak enak. Benar, ia diminati ramai di United Kingdom, Australia, dan New
Zealand. Tetapi buat majority manusia di dunia, rasa Marmite sangatlah tidak
sedap. Seperti mana Buckley’s, pembikin
Marmite memilih untuk tidak melawan tanggapan yang telah jelas. Mereka memilih
untuk menerimanya, menonjolkannya, dan berbangga dengannya. Lawat mereka di
marmite.com dan anda akan segera dihadapkan dengan dua pilihan. Satu mengatakan
“Saya suka” dan yang lagi satu “Saya benci”. Anda mendapat versi laman yang
berlainan berdasarkan pilihan anda. Sebuah jenama perlu berani (dan pintar)
untuk membenarkan orang ramai secara jelas menyuarakan benci mereka terhadap
produk anda di laman pertama laman webnya!
Kalau anda piilh “Saya benci,” anda boleh turut serta
benci dalam kempen untuk “hentikan ia dari merebak.” Anda boleh menambah kepada
senarai “sepuluh cara untuk merosakkan sandwich,” semuanya menggunakan Marmite.
Lama itu turut menampilkan resipe cadangan menggunakan bangkai untuk menutup
perisa Marmite! Ya pasti, versi ‘Saya suka” lebih lembut terhadap produk
kontroversi ini. Tetapi kedua versi laman itu membenarkan perbincangan tentang
jenama itu, dan hakikat yang mereka mengakui dengan terbuka yang ramai benci
produk mereka ialah asas untuk perbincangan.
Satu perkara untuk direnungi tentang
kejujuran dalam penjenamaan: Kita semua manusia yang mempunyai kekurangan, dan
kita hanya boleh memahami dan membina hubungan dengan sesuatu yang ada
kekurangan kerana tidak wujud sesuatu yang tidak ada kekurangan. Jikalau anda
sedang mencuba untuk mencipta suatu hubungan di antara seorang manusia dengan
sebuah produk atau syarikat gergasi tak bermuka, anda akan menempuhi pelbagai
kesusahan. Sebaliknya, untuk mencipta hubungan di antara seorang manusia dan
suatu jenama yang tidak sempurna, hidup, dan bernyawa, ia jauh lebih mudah.
No comments:
Post a Comment