Free Translations 3: Anak perempuan aktivis Nigeria Ken Saro-Wiwa mengenang bapanya
Anak perempuan aktivis Nigeria Ken Saro-Wiwa mengenang
bapanya
Jon Henley
31 December 2011
Laman
asal: http://www.guardian.co.uk/lifeandstyle/2011/dec/31/noo-saro-wiwa-kens-daughter-nigeria
Untuk
ramai di kalangan kita, Ken Saro-Wiwa seorang pejuang dan syahid, seorang
pengkempen berani dan mengagumkan yang mengetuai pejuangan kaumnya, kaum Ogoni,
menentang penodaan berdekad-dekad tanah mereka oleh Big Oil, dan membayar untuk
perjuangan itu dengan nyawanya.
Buat Noo Saro-Wiwa, dia Ayah. Sebenarnya ayah yang dingin,
namunnya; buat kebanyakan zaman kanak-kanaknya, dia hanya sempat berjumpa
dengan ayahnya tiga atau empat kali setahun, sewaktu lawatan-lawatan tahunnya
ke England (di mana Noo tinggal bersama ibu, abang-abang dan kembar
perempuannya), dan semasa cuti-cuti musim panjang yang panjang di rumah
keluarga mereka di Port Harcourt, tempat tinggal ayahnya.
Dia juga bukan seorang ayah yang sentiasa sempurna. Pastinya
bukannya pada suatu hari di tahun 1990, apabila Noo yang berumur 14 tahun
menerima panggilan telefon dari bapa saudaranya secara tiba-tiba. Dia
mendedahkan yang apabila Noo melawat Nigeria pada musim panas itu, dia dan
adik-beradiknya akan mendapat dua teman bermain baru: adik-adik perempuan tiri
mereka.
“Dia menyuruh abangnya
untuk memberitahu kami tentang mereka,” dia berkata. “Tentang ‘keluarga lain’
nya ini. Mereka telahpun berumur lapan dan enam tahun pada waktu kami
mengetahui kewujudan mereka. Kami terkejut, marah. Kami rasa dikhianati. Kurang
dikehendaki. Sekarang saya pandangnya dengan cara berbeza. Tetapi pada waktu
itu...”
Tenang
dan tajam, Noo, 35, telah menulis sebuah buku – yang kelakar dan lembut
sepertimana ia juga jujur dan, terus terang, mengejutkan – tentang lawatan
panjangnya buat kali pertama ke tanah airnya semenjak musim panjang itu 20
tahun yang lalu. Pada waktu itu, dia berkata, dia dan adik-adiknya memberontak:
“Selama bertahun-tahun, kami telah dipaksa kembali ke sana dua bulan setiap
musim panas. Kami hanya berkata, cukuplah.” Dan selepas Ken Saro-Wiwa dihukum
bunuh oleh diktator askar negara itu pada November 1995, sudah pasti semakin
kurang tarikan untuk mereka pulang. Nigeria, kata Noo, menjadi simpanan segala
kepedihan, keresahan, kekecewaan dan kemarahannya, tempat di mana ‘semua mimpi
ngeri menjadi reality”. Masa diperlukan
sebelum dia mungkin balik – sepertimana dia telah mengambil masa sebelum
menilai semula bapanya.
Sebelum dia menjadi aktivis yang dikenali dunia, Ken merupakan
seorang “polymath sejati”, dia berkata. “Dia mempunya tenaga yang cukup manic.
Dia mampu melihat setiap potensi di kelilingnya. Dia seorang penulis, dia juga
punya kepentingan dalam sektor jual beli, perumahan, media...” Noo mengenangkan
waktu dia menonton episode-episod Basi & Co, siri TV satira produksi
bapanya, yang buat satu ketika merupakan siri tv opera paling ditonton di
Africa.
Dia
telah berpindah bersama ibunya dan adik-beradiknya ke Britain pada tahun
1977, belumpun berumur setahun. Ken,
pada waktu itu seorang yang selesa, dan berjaya atas kebolehan sendiri “mahukan
kami menerima permulaan sebaik mungkin untuk hidup kami. Saya tidak rasakan
pernah timbul soalan kami tidak pulang ke Nigeria lambat laun, tetapi ayah kami
mahukan anak-anaknya berjaya.”
Keluarga itu menetap di Ewell di Surrey, dan anak-anak mereka
dihantar ke sekolah-sekolah asrama; Noo telah ke Roedean. “Selain dari itu,
walau bagaimanapun, saya tidak ingat hidup kami rasa begitu istimewa,” dia
berkata. “Dari segi material, rasanya cukup kekurangan. Kami tidaklah sekaya
itu. Kami tidak mempunyai bilik tidur berasingan; saya memakai baju-baju
abang-abang saya.”
Ken
berulang-alik tiga atau empat kali setahun, dan keluarga mereka meluangkan masa
bersama di Prot Harcourt setiap tahun. “Sebagai anak kecil, anda pasti tidak
benar-benar faham tentangnya,” kata Noo. “Dia hanya tampak seperti sebagai satu
insan yang hebat, bertenaga, bermisai, dengan kisah-kisah waktu tidur yang
menajubkan dan sentiasa banyak hadiah dan cokelat. Dan sentiasa dengan paipnya.
Waktu saya kecil, saya selalu fikir setiap lelaki hitam bermisai adalah dia.”
Namun sedikit demi sedikit, perkahwinan ibu bapanya mula
menunjuk tanda-tanda ketegangan yang mampu disedari –walaupun tidak difahami-
seorang anak kecil. Ibu Noo, yang tidak
pernah gembira dengan pembuangannya ke England, di mana dia bekerja
selama 17 tahun di Job Centre, menjadi semakin kurang gembira, kadang-kadang
dia menangis; pergaduhan meletus, sewaktu lawatan-lawatn Ken, untuk baju-baju
yang dibeli ‘untuk saudara-mara’, bapanya menjadi semakin dan semakin dingin.
Pada
musim panas sebelum Noo, dan abang-abang dan adiknya diberi perkenalan lewat
kepada ‘keluarga lain’ ayahnya, dia telah berusaha sekali lagi untuk memikat
mereka dengan tarikan-tarikan Nigeria, dan membawa mereka berjalan merentas
kawasan pergunungan di tengah-tengah negara itu dan selanjutnya ke pedalaman di
dalam kereta Peugeot keluarga mereka. Noo lebih mengingati seksa mendengar
berulang-ulang kali rakaman mainan hit tahun 70an dalam gaya neo-classical oleh
Richard Clayderman dari radio kereta.
Apa yang dia tidak benar-benar faham pada waktu itu ialah
pada ketika itu bapanya telah menumpukan hampir seluruh masa dan tenaganya
untuk berkempen. Ken antara ahli terawal Movement for the Survival of the Ogoni
People (Mosop), sebuah kumpulan aman yang mendesak lebih autonomi, pembahagian
lebih adil hasil minyak, dan pembaikan kerosakan alam sekitar yang telah
dilakukan syarikat-syarikat besar minyak, terutamanya – dan paling terkenal –
Shell.
“Dia mula bercakap tentangnya,” Noo berkata. “Dia
memulakan persatuan itu, menerbitkan rang hak-hak Ogoni. Dia membawa kami ke
sana. Dia menunjukkan cahaya api gas yang dibakar di kampung-kampung, minyak-minyak
yang tertumpah. Dia penuh semangat tentangnya, itu saya ingat. Tetapi kami
tidak pernah sangka ia akan membawa kami ke mana.”
Ken ditangkap buat kali pertama oleh regim askar Nigeria pada
tahun 1992 dan dipenjarakan beberapa bulan tanpa pembicaraan. Pada tahun
seterusnya, selepas hampir 300,00 orang – hampir separuh populasi Ogoni –
menyertai perhimpunan-perhimpunan aman dan demonstrasi di merata-merata tempat,
pemerintahan General Sani Abacha mengerahkan askar dan Ogoniland ditawan. Ken
terus ditangkap semula, tetapi dilepaskan selepas sebulan.
Pada
Mei 1994, empat pemimpin konservatif Ogoni dibunuh. Ken serta-merta ditangkap
dan dicaj dengan hasutan. Setelah lebih setahun dipenjarakan, dia dan lapan
pemimpin kanan Mosop dihadapkan sebuah tribunal askar yang ditubuh khas. Hampis
kesemua peguam bela Ogoni Sembilan
meletakkan jawatan sebagai protes terhadap manipulasi jelas perbicaraan
tersebut; beberapa saksi pendakwa kemudian mengaku mereka telah dirasuah untuk
memberi kesaksian yang menunjukkan mereka bersalah.
Jika keputusan bersalah yang diberikan tidak mengejutkan,
hukumannya – gantung sampai mati- sangatlah mengejutkan. Tidak ramai pemerhati
dari dalam dan luar negara yang sangka ia akan dilaksanakan. Tetapi pada 10
November, Ken Saro-Wiwa dan 8 teman defendannya telah digantung. Kesan
kemarahan dan kejuta sedunia, dipimpin Nelson Madela, yang memanggil pembunuhan
itu ‘satu perkara keji’ menyebabkan Nigeria digantung dari Commonwealth selama
tiga tahun.
Di
Surrey, Noo berkata dia dan adik-beradiknya “dilindung dari banyak yang berlaku
semasa peristiwa-peristiwa sebelum hukuman itu. Ibu kami melindung kami. Kami tahu
dia dipenjara, tapi anda tahulah... Nigeria tempat dimana orang memang akan
meluangkan masa di penjara.”
Dari
kurungan seorang diri, Ken menulis surat menanyakan keputusan peperiksaan
hujung semesternya, dan university mana yang dia merancang untuk memohon.
Hampir 18 bulan selepas kali terakhir mereka berjumpa, ibunya
menelefon membawa berita. Ia merupakan, kata Noo, “sesuatu yang berlaku secara
tiba-tiba. Cukup mengejutkan. Tiada ada siapa sangka. Tak ada siapa yang
mikirkan regim itu akan benar-benar melakukannya. Dan apa yang lebih
mengejutkan, buat saya sebagai seorang yang berumur 19 tahun, ialah betapa
besarnya berita itu. Ia di muka utama setiap surat khabar, dan perkara utama
dalam berita tv. Saya tidak tahu dia seorang tokoh yang begitu hebat. Yang dia
begitu bermakna.”
Selepas
kejadian itu, dia bersembunyi di dalam kesibukan: ijazah geografi dari King’s
College London, pengalaman awal penulisan musafir untuk The Rough Guide to West
Africa, setahun di sekolah kewartawanan di Columbia, New York, menjadi penyelidik
di ABC News, menjelajahi Afrika untuk Lonely Planet pula. Dia pulang ke Nigeria
hanya dua kali di dalam dekad selepas kematian ayahnya: untuk pengebumian
rasminya pada tahun 2000, kemudian untuk pengebumian keluarga lima tahun
kemudian. Itu diceritakan dengan penuh emosi di dalam bukunya. Di kampung
halaman ayahnya di Bane, di sebelah rumah atuknya, Noo dan saudara-maranya
dengan susah-payah penyusun semula rangka Ken yang digali keluar, tinggalannya
dikenalpasti dan akhirnya selepas perbincangan panjang dengan pemerintah baru
Nigeria yang dilantik secara demokrasi, dilepaskan kepada keluarga. Dengan
bantuan seorang bapa saudara yang merupakan seorang doctor, rangka Ken
Saro-Wiwa yang disusun dengan teliti, akhirnya, disemadikan.
“Cukup senang sebenarnya untuk mengubah
pandangan seseorang,” Noo berkata sekarang. “Saya boleh sahaja berlaku seperti
orang barat tentangnya dan berasa geli dengan idea menyentuh tulang-tulangnya,
atau berfikir: ini masih ayahku. Saya tidak patut lari darinya atau takut. Dia
patut betul-betul dikebumikan. Jadi itulah yang saya lakukan.”
Keputusan untuk pulang dan tinggal untuk tempoh yang panjang, dan untuk
melepaskan pelbagai keresahan dan kebenciannya terhadap Nigeria, dan terutama
sekali untuk menulis tentangnya, adalah sedikit sebanyak disebabkan agen Noo. “Awalnya
saya tidak mahu; saya cuma mahu tulis buku pelancongan biasa,” dia berkata. “Agen
saya berkata saya perlu tangani benda keluarga ini. Dia betullah, sebenarnya.
Kebenaran memang selalu lebih menarik, dan anda perlu menerima kesemuanya. Anda
tak boleh abaikan apa-apa.”
Masa
yang diluangkan di Nigeria memberi kesan yang mendalam ke atas Noo tentang
kejayaan ayahnya, dia berkata. “Negara ini begitu susah, untuk hidup di sini.
Anda lihat bagaimana orang menderita. Kemahiran yang anda perlu untuk hanya
hidup di sana...jauh lebih susah dari di UK. Jadi untuk lihat apa sebenarnya
yang ayah saya berjaya lakukan, dari latar belakang ekonomi yang serba
kekurangan dan juga dari segi kaum, dan cabaran-cabaran yang dia hadapi dan
lebih utama lagi – berhadapan dengan sebuah gergasi minyak, askar-askar
diktator. Saya tahun dia seorang yang berani, tetapi hanya sekarang saya
benar-benar memahami betapa hebatnya, apa yang dia lakukan.
Dia
mendapati dia semakin tertarik juga terhadap kerja ayahnya. Ken Saro-Wiwa
Foundation, dengan penglibatan abang dan bapa saudaranya, menerukan misi Ken.
Ia sekarang semakin kompleks kerana sekarang syarikat-syarikat minyak, di dalam
kata-kata Noo, “rasa yang mereka perlu tunjukkan sedikit usaha” (pada tahun
2009, Shell bersetuju membayar $15.5 juta di luar mahkamah kepada ahli keluarga
Ogoni Sembilan – tanpa mengakui keterlibatan di dalam kematian mereka).
“Saya mahu lebih
terlibat, sekarang, ya,” kata Noo. “Ayah saya mahu memperbaiki keadaan hidup
kaum Ogoni. Saya tidak mahu terlibat di dalam hal-hal minyak untuk tujuan itu;
pendidikan, jagaan kanak-kanak, ada isu-isu lain. Dan saya memang mahu menulis
tentang Ogoniland. Tetapi saya tidak mahu melakukannya sebagai anak perempuan
Ken Saro-Wiwa. Saya mahu menampilkan diri sebagai seorang penulis terdahulu.
Agar apabila saya menulis tentang perjuangan kelak, ia akan lebih bermakna.”
Bagaiman
pula, tentang Ken Saro-Wiwa sebagai seorang bapa – isu ‘keluarga lainnya’?
Sudahkah perasannya berubah sejak 20 tahun lalu, apabila dia mengetahui dia
mempunyai dua orang adik perempuan yang dia tidak pernah kenal? “Manusia tidak
sempurna,” Noo berkata. “Bila anda muda, anda tidak benar-benar faham yang ibu
bapa anda adalah hasil asuhan yang mereka terima. Poligami merumitkan
keadaan...
“Beginilah, datuk
saya, ayah ayah saya, punya enam isteri. Saya tidak tahu beramai anak dia ada.
Jadi ayah saya merupakan merupakan sebuah kemajuan yang besar; selangkah menuju
normal. Saya berterima kasih padanya.”
No comments:
Post a Comment