Showing posts with label malay. Show all posts
Showing posts with label malay. Show all posts

02 April, 2013

if you're ever in the mood for some Malay

This is something a little bit more left-field than the usual left-field stuff I usually do.

It's a website called SudahlaBro.com (SLB for short), a Malay language site that MAM Media hopes to build into a lifestyle, current affairs portal with really good content. Like Playboy, but without the girls.

It's early days yet, and so far we've only come up with a column called 'Suara Bro' (I know), in which I write about things, life, stuff in general.

Suara Bro, along with everything else on SLB is published every Friday morning, so keep an eye out folks.

You can read the previous ones here.

16 March, 2013

at least he got to speak this time


So yesterday was interesting for a couple of reasons, but mostly because that small little project I did with Nazir was well received.

 I’ve nagged quite a bit about this ISSUE Magazine short about Penang here, so I won’t repeat myself.  What I’d like to add is though it may be not as flattering to Penang as Penangites would’ve liked it to be, but really that was what happened.

It’s been really interesting also getting feedback from people, and discovering which particular parts they found appealing, what works for whom.

Different people have told me that they liked very different bits of the short, which makes me wonder, does that mean as a storyteller I’ve failed to put together a uniformly attractive yarn?

Anyway, I'll add in English subtitles soon, as soon as I finish this long painful drawn out process of subtitling every single noise in the video. I have new found respect for the subs community.

02 January, 2012

Free Translations 3: Anak perempuan aktivis Nigeria Ken Saro-Wiwa mengenang bapanya


Anak perempuan aktivis Nigeria Ken Saro-Wiwa mengenang bapanya
Jon Henley
31 December 2011
Laman asal: http://www.guardian.co.uk/lifeandstyle/2011/dec/31/noo-saro-wiwa-kens-daughter-nigeria
Untuk ramai di kalangan kita, Ken Saro-Wiwa seorang pejuang dan syahid, seorang pengkempen berani dan mengagumkan yang mengetuai pejuangan kaumnya, kaum Ogoni, menentang penodaan berdekad-dekad tanah mereka oleh Big Oil, dan membayar untuk perjuangan itu dengan nyawanya.
Buat Noo Saro-Wiwa, dia Ayah. Sebenarnya ayah yang dingin, namunnya; buat kebanyakan zaman kanak-kanaknya, dia hanya sempat berjumpa dengan ayahnya tiga atau empat kali setahun, sewaktu lawatan-lawatan tahunnya ke England (di mana Noo tinggal bersama ibu, abang-abang dan kembar perempuannya), dan semasa cuti-cuti musim panjang yang panjang di rumah keluarga mereka di Port Harcourt, tempat tinggal ayahnya.

Dia juga bukan seorang ayah yang sentiasa sempurna. Pastinya bukannya pada suatu hari di tahun 1990, apabila Noo yang berumur 14 tahun menerima panggilan telefon dari bapa saudaranya secara tiba-tiba. Dia mendedahkan yang apabila Noo melawat Nigeria pada musim panas itu, dia dan adik-beradiknya akan mendapat dua teman bermain baru: adik-adik perempuan tiri mereka.

 “Dia menyuruh abangnya untuk memberitahu kami tentang mereka,” dia berkata. “Tentang ‘keluarga lain’ nya ini. Mereka telahpun berumur lapan dan enam tahun pada waktu kami mengetahui kewujudan mereka. Kami terkejut, marah. Kami rasa dikhianati. Kurang dikehendaki. Sekarang saya pandangnya dengan cara berbeza. Tetapi pada waktu itu...”

Tenang dan tajam, Noo, 35, telah menulis sebuah buku – yang kelakar dan lembut sepertimana ia juga jujur dan, terus terang, mengejutkan – tentang lawatan panjangnya buat kali pertama ke tanah airnya semenjak musim panjang itu 20 tahun yang lalu. Pada waktu itu, dia berkata, dia dan adik-adiknya memberontak: “Selama bertahun-tahun, kami telah dipaksa kembali ke sana dua bulan setiap musim panas. Kami hanya berkata, cukuplah.” Dan selepas Ken Saro-Wiwa dihukum bunuh oleh diktator askar negara itu pada November 1995, sudah pasti semakin kurang tarikan untuk mereka pulang. Nigeria, kata Noo, menjadi simpanan segala kepedihan, keresahan, kekecewaan dan kemarahannya, tempat di mana ‘semua mimpi ngeri menjadi reality”. Masa  diperlukan sebelum dia mungkin balik – sepertimana dia telah mengambil masa sebelum menilai semula bapanya.
Sebelum dia menjadi aktivis yang dikenali dunia, Ken merupakan seorang “polymath sejati”, dia berkata. “Dia mempunya tenaga yang cukup manic. Dia mampu melihat setiap potensi di kelilingnya. Dia seorang penulis, dia juga punya kepentingan dalam sektor jual beli, perumahan, media...” Noo mengenangkan waktu dia menonton episode-episod Basi & Co, siri TV satira produksi bapanya, yang buat satu ketika merupakan siri tv opera paling ditonton di Africa.

Dia telah berpindah bersama ibunya dan adik-beradiknya ke Britain pada tahun 1977,  belumpun berumur setahun. Ken, pada waktu itu seorang yang selesa, dan berjaya atas kebolehan sendiri “mahukan kami menerima permulaan sebaik mungkin untuk hidup kami. Saya tidak rasakan pernah timbul soalan kami tidak pulang ke Nigeria lambat laun, tetapi ayah kami mahukan anak-anaknya berjaya.”
Keluarga itu menetap di Ewell di Surrey, dan anak-anak mereka dihantar ke sekolah-sekolah asrama; Noo telah ke Roedean. “Selain dari itu, walau bagaimanapun, saya tidak ingat hidup kami rasa begitu istimewa,” dia berkata. “Dari segi material, rasanya cukup kekurangan. Kami tidaklah sekaya itu. Kami tidak mempunyai bilik tidur berasingan; saya memakai baju-baju abang-abang saya.”

Ken berulang-alik tiga atau empat kali setahun, dan keluarga mereka meluangkan masa bersama di Prot Harcourt setiap tahun. “Sebagai anak kecil, anda pasti tidak benar-benar faham tentangnya,” kata Noo. “Dia hanya tampak seperti sebagai satu insan yang hebat, bertenaga, bermisai, dengan kisah-kisah waktu tidur yang menajubkan dan sentiasa banyak hadiah dan cokelat. Dan sentiasa dengan paipnya. Waktu saya kecil, saya selalu fikir setiap lelaki hitam bermisai adalah dia.”
Namun sedikit demi sedikit, perkahwinan ibu bapanya mula menunjuk tanda-tanda ketegangan yang mampu disedari –walaupun tidak difahami- seorang anak kecil. Ibu Noo, yang tidak  pernah gembira dengan pembuangannya ke England, di mana dia bekerja selama 17 tahun di Job Centre, menjadi semakin kurang gembira, kadang-kadang dia menangis; pergaduhan meletus, sewaktu lawatan-lawatn Ken, untuk baju-baju yang dibeli ‘untuk saudara-mara’, bapanya menjadi semakin dan semakin dingin.

Pada musim panas sebelum Noo, dan abang-abang dan adiknya diberi perkenalan lewat kepada ‘keluarga lain’ ayahnya, dia telah berusaha sekali lagi untuk memikat mereka dengan tarikan-tarikan Nigeria, dan membawa mereka berjalan merentas kawasan pergunungan di tengah-tengah negara itu dan selanjutnya ke pedalaman di dalam kereta Peugeot keluarga mereka. Noo lebih mengingati seksa mendengar berulang-ulang kali rakaman mainan hit tahun 70an dalam gaya neo-classical oleh Richard Clayderman dari radio kereta.
Apa yang dia tidak benar-benar faham pada waktu itu ialah pada ketika itu bapanya telah menumpukan hampir seluruh masa dan tenaganya untuk berkempen. Ken antara ahli terawal Movement for the Survival of the Ogoni People (Mosop), sebuah kumpulan aman yang mendesak lebih autonomi, pembahagian lebih adil hasil minyak, dan pembaikan kerosakan alam sekitar yang telah dilakukan syarikat-syarikat besar minyak, terutamanya – dan paling terkenal – Shell.

 “Dia mula bercakap tentangnya,” Noo berkata. “Dia memulakan persatuan itu, menerbitkan rang hak-hak Ogoni. Dia membawa kami ke sana. Dia menunjukkan cahaya api gas yang dibakar di kampung-kampung, minyak-minyak yang tertumpah. Dia penuh semangat tentangnya, itu saya ingat. Tetapi kami tidak pernah sangka ia akan membawa kami ke mana.”
Ken ditangkap buat kali pertama oleh regim askar Nigeria pada tahun 1992 dan dipenjarakan beberapa bulan tanpa pembicaraan. Pada tahun seterusnya, selepas hampir 300,00 orang – hampir separuh populasi Ogoni – menyertai perhimpunan-perhimpunan aman dan demonstrasi di merata-merata tempat, pemerintahan General Sani Abacha mengerahkan askar dan Ogoniland ditawan. Ken terus ditangkap semula, tetapi dilepaskan selepas sebulan.

Pada Mei 1994, empat pemimpin konservatif Ogoni dibunuh. Ken serta-merta ditangkap dan dicaj dengan hasutan. Setelah lebih setahun dipenjarakan, dia dan lapan pemimpin kanan Mosop dihadapkan sebuah tribunal askar yang ditubuh khas. Hampis kesemua peguam bela  Ogoni Sembilan meletakkan jawatan sebagai protes terhadap manipulasi jelas perbicaraan tersebut; beberapa saksi pendakwa kemudian mengaku mereka telah dirasuah untuk memberi kesaksian yang menunjukkan mereka bersalah.
Jika keputusan bersalah yang diberikan tidak mengejutkan, hukumannya – gantung sampai mati- sangatlah mengejutkan. Tidak ramai pemerhati dari dalam dan luar negara yang sangka ia akan dilaksanakan. Tetapi pada 10 November, Ken Saro-Wiwa dan 8 teman defendannya telah digantung. Kesan kemarahan dan kejuta sedunia, dipimpin Nelson Madela, yang memanggil pembunuhan itu ‘satu perkara keji’ menyebabkan Nigeria digantung dari Commonwealth selama tiga tahun.

Di Surrey, Noo berkata dia dan adik-beradiknya “dilindung dari banyak yang berlaku semasa peristiwa-peristiwa sebelum hukuman itu. Ibu kami melindung kami. Kami tahu dia dipenjara, tapi anda tahulah... Nigeria tempat dimana orang memang akan meluangkan masa di penjara.”
Dari kurungan seorang diri, Ken menulis surat menanyakan keputusan peperiksaan hujung semesternya, dan university mana yang dia merancang  untuk memohon.
Hampir 18 bulan selepas kali terakhir mereka berjumpa, ibunya menelefon membawa berita. Ia merupakan, kata Noo, “sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba. Cukup mengejutkan. Tiada ada siapa sangka. Tak ada siapa yang mikirkan regim itu akan benar-benar melakukannya. Dan apa yang lebih mengejutkan, buat saya sebagai seorang yang berumur 19 tahun, ialah betapa besarnya berita itu. Ia di muka utama setiap surat khabar, dan perkara utama dalam berita tv. Saya tidak tahu dia seorang tokoh yang begitu hebat. Yang dia begitu bermakna.”

Selepas kejadian itu, dia bersembunyi di dalam kesibukan: ijazah geografi dari King’s College London, pengalaman awal penulisan musafir untuk The Rough Guide to West Africa, setahun di sekolah kewartawanan di Columbia, New York, menjadi penyelidik di ABC News, menjelajahi Afrika untuk Lonely Planet pula. Dia pulang ke Nigeria hanya dua kali di dalam dekad selepas kematian ayahnya: untuk pengebumian rasminya pada tahun 2000, kemudian untuk pengebumian keluarga lima tahun kemudian. Itu diceritakan dengan penuh emosi di dalam bukunya. Di kampung halaman ayahnya di Bane, di sebelah rumah atuknya, Noo dan saudara-maranya dengan susah-payah penyusun semula rangka Ken yang digali keluar, tinggalannya dikenalpasti dan akhirnya selepas perbincangan panjang dengan pemerintah baru Nigeria yang dilantik secara demokrasi, dilepaskan kepada keluarga. Dengan bantuan seorang bapa saudara yang merupakan seorang doctor, rangka Ken Saro-Wiwa yang disusun dengan teliti, akhirnya, disemadikan.
 “Cukup senang sebenarnya untuk mengubah pandangan seseorang,” Noo berkata sekarang. “Saya boleh sahaja berlaku seperti orang barat tentangnya dan berasa geli dengan idea menyentuh tulang-tulangnya, atau berfikir: ini masih ayahku. Saya tidak patut lari darinya atau takut. Dia patut betul-betul dikebumikan. Jadi itulah yang saya lakukan.”
Keputusan untuk pulang dan tinggal  untuk tempoh yang panjang, dan untuk melepaskan pelbagai keresahan dan kebenciannya terhadap Nigeria, dan terutama sekali untuk menulis tentangnya, adalah sedikit sebanyak disebabkan agen Noo. “Awalnya saya tidak mahu; saya cuma mahu tulis buku pelancongan biasa,” dia berkata. “Agen saya berkata saya perlu tangani benda keluarga ini. Dia betullah, sebenarnya. Kebenaran memang selalu lebih menarik, dan anda perlu menerima kesemuanya. Anda tak boleh abaikan apa-apa.”

Masa yang diluangkan di Nigeria memberi kesan yang mendalam ke atas Noo tentang kejayaan ayahnya, dia berkata. “Negara ini begitu susah, untuk hidup di sini. Anda lihat bagaimana orang menderita. Kemahiran yang anda perlu untuk hanya hidup di sana...jauh lebih susah dari di UK. Jadi untuk lihat apa sebenarnya yang ayah saya berjaya lakukan, dari latar belakang ekonomi yang serba kekurangan dan juga dari segi kaum, dan cabaran-cabaran yang dia hadapi dan lebih utama lagi – berhadapan dengan sebuah gergasi minyak, askar-askar diktator. Saya tahun dia seorang yang berani, tetapi hanya sekarang saya benar-benar memahami betapa hebatnya, apa yang dia lakukan.
Dia mendapati dia semakin tertarik juga terhadap kerja ayahnya. Ken Saro-Wiwa Foundation, dengan penglibatan abang dan bapa saudaranya, menerukan misi Ken. Ia sekarang semakin kompleks kerana sekarang syarikat-syarikat minyak, di dalam kata-kata Noo, “rasa yang mereka perlu tunjukkan sedikit usaha” (pada tahun 2009, Shell bersetuju membayar $15.5 juta di luar mahkamah kepada ahli keluarga Ogoni Sembilan – tanpa mengakui keterlibatan di dalam kematian mereka).
 “Saya mahu lebih terlibat, sekarang, ya,” kata Noo. “Ayah saya mahu memperbaiki keadaan hidup kaum Ogoni. Saya tidak mahu terlibat di dalam hal-hal minyak untuk tujuan itu; pendidikan, jagaan kanak-kanak, ada isu-isu lain. Dan saya memang mahu menulis tentang Ogoniland. Tetapi saya tidak mahu melakukannya sebagai anak perempuan Ken Saro-Wiwa. Saya mahu menampilkan diri sebagai seorang penulis terdahulu. Agar apabila saya menulis tentang perjuangan kelak, ia akan lebih bermakna.”

Bagaiman pula, tentang Ken Saro-Wiwa sebagai seorang bapa – isu ‘keluarga lainnya’? Sudahkah perasannya berubah sejak 20 tahun lalu, apabila dia mengetahui dia mempunyai dua orang adik perempuan yang dia tidak pernah kenal? “Manusia tidak sempurna,” Noo berkata. “Bila anda muda, anda tidak benar-benar faham yang ibu bapa anda adalah hasil asuhan yang mereka terima. Poligami merumitkan keadaan...
 “Beginilah, datuk saya, ayah ayah saya, punya enam isteri. Saya tidak tahu beramai anak dia ada. Jadi ayah saya merupakan merupakan sebuah kemajuan yang besar; selangkah menuju normal. Saya berterima kasih padanya.”

01 January, 2012

Free Translations 2: Berjenama seperti Rock Star


Leave a comment if you want to help with translations
---

Ketulenan v. Kesempurnaan : Cara untuk berjenama seperti rock star
Oleh Steve Jones
Dis 30 2011



Balada jiwang ‘Honesty’ Billy Joel telah menyampaikan kebenaran nun jauh di tahun 1979 lagi. Tetapi pada masa itu, strategi membina jenama yang diterima ramai ialah mencipta persepsi yang selalunya jauh dari reality. Kejujuran bukanlah satu strategi yang diterima ramai untuk tujuan pemasaran sebelum revolusi digital yang membadai kita di penghujung 90-an. Hari ini, semakin banyak jenama menyedari yang kejujuran itu perlu dalam mewujudkan sebuah tapak peminat yang setia. Mereka baru mempelajari ilmu-ilmu yang telah jelas dalam rock ‘n’ roll selama bertahun-tahun: mendedahkan kesilapan dan kekurangan kamu akan menjadikan kamu lebih ‘benar’, lebih manusiawi, dan kebarangkalian besarnya lebih disayangi.

Pada tahun 1965 The Beach Boys telah merakan sebuah lagu yang menunjukkan bagaimana ketulenan ialah suatu nilai yang tak lapuk di zaman. Ia sebuah lagu yang saya telah lama suka, tetapi saya tidak pasti kenapa sehinggalah saya mula menganalisa pertalian diantara jenama-jenama dan peminat mereka. Ketulenanan begitu kuat meresap keluar dari lagu ini. The Beach Boys sudah berjam-jam di studio pada hari itu merakam dan sangat perlukan istirehat. Seronok bagaimanapun bermain di dalam band, untuk berjam-jam melakukan take demi take lagu yang sama memang akan membuat bosan suatu proses yang sepatutnya menyeronokkan.

Semasa sesi rakamanan yang meletihkan itu, beberapa orang rakan band itu telah datang ke studio, termasuklah Dean Torrence dari kumpulan Jan & Dean. Mike Love pergi ke seberang jalan untuk membeli beberapa kotak beer. Dengan setiap take, dan selepas setiap beer, sesi rakaman itu mula menyerupai sebuah pesta. Lagu-lagunya menjadi semakin pelik dan lebih pelik. Mereka mula mengimprovisasi dan bermain-main. Pemain dram Hal Blain mengetuk apa saja di kelilingnya, termasuklah bekas habuk rokok pada satu ketika. Semua orang di dalam bilik turut serta menyanyi, walaupun mereka tidak tahu kata-katanya. Brian Wilson, dibantu Dean Torrence, terus-menerus menaikkan suaranya di atas hiruk-pikuk berbualan dan gelak ketawa di kelilingya, sehingga dia tidak dapat menahan lagi dan dia sendiri tewas ke dalam keriuhan itu.

Mujur pita-pita itu tidak berhenti merakam kerana hasil akhirnya menjadi lagu hit tempat kedua pada Disember 1965. “Barbara Ann” kekal menjadi antara lagu Beach Boys yang paling diminati, empat puluh lima tahun selepas pesta di studio itu selesai. Salah satu sebab orang masih sukakan lagu ini kerana setelah sekian lama ia masih menonjolkan kejujuran yang tersinar cerah. Bukan Beach Boys sahaja band yang meninggalkan kesilapan mereka di dalam rakaman akhir. Lagu ‘Taxman’ dan ‘The Long and Winding Road’ oleh The Beatles hanya dua dari banyak yang menampilkan nota guitar yang tersilap, kesilapan dram, dan pelbagai bunyian mikrofon.  The Beatles terkenal dengan kesilapan, outtakes dan eksperimentasi. Produser mereka George Martin bijak meninggalkan banyak daripadanya di dalam rakaman kerana ia menjadikan lagu-lagu itu lebih menarik, mencuri perhatian, dan manusiawi. Ada yang berkata yang lapan nota piano yang diulang-ulang di awal ‘Old Time Rock ‘n’ Roll’ oleh Bob Seger merupakan suatu kesilapan. Alat perakanm secara tidak sengaja memainkannya semula dua kali, dan Seger dan produsernya suka kesannya terhadap lagu dan membiarkannya di situ.



Lagu yang menampilkan apa yang majalah Guitar World menggelar solo guitar kedua terbaik di dalam sejarah rock juga sebenarya sebuah kesalahan yang tidak sepatutnya wujud. Eddie Van Halen sedang memanaskan badan untuk sebuah gig di Whisky A Go-Go di Los Angeles dan mula bermain-main skala dan berspontan di dalam studio dengan sebuah lagu yang sudah bertahun band itu mainkan. Produser Ted Templeman pada waktu itu terus merakam. Seperti kata Van Halen, ‘ Ia suatu yang sangat pelik. Ia hanyalah sesuatu yang tak disengajakan. Secara kebetulan dia terus merakam.” Hasilnya ialah permata yang dipanggil “Eruption”. Di dalam Album Van Halen, ia merupakan lagu sejurus sebelum “You Really Got Me”. Sehingga hari ini, peminat sejati tidak boleh mendengar “You Really Got Me” tanpa mendengar “Eruption” dahulu. Mereka telah mencantumnya menjadi sebuah hasil klasik rock ‘n’ roll. Bukan sahaja ‘Eruption’ tidak patut wujud, tetapi di dalam rakaman akhir juga turut terdapat kesilapan. “Saya mainkannya pun tidak betul,” Van Halen memberitahu Guitar World. “Ada kesilapan di bahagian atasnya. Bila saya mendengarnya, saya selahu terfikir, ‘Cis, aku patut boleh main lagi elok.’”

Dari zaman rakaman four-track analog lagi, George Martin, Brian Wilson, Bob Seger, dan Eddie Van Halen semuanya ada kebolehan untuk mencipta kesempurnaan audio. Mereka tidak perlu meninggalkan kesilapan di dalamnya. Tetapi mereka secara sedar membiarkannya berkali-kali kerana kekurangan menambahbaikkan lagu itu.

Ada satu masa, hanya beberapa tahun yang lalu, di mana untuk mempunyai suata jenama taraf rock star bermaksud menghilangkan setiap jeragat dan kekurangan. Apabila sesuatu masalah berlaku, syarikat-syarikat cepat-cepat menutupinya dan mengatakan ‘no comment’. Sebelum Internet dan media social timbul, syarikat-syarikat boleh menutupi kekurangan dengan pengiklanan imej. Mereka boleh sorok masalah mereka dan menampilkan gambaran yang sempurna untuk pengguna-pengguna mereka. Di zaman itu, segalanya untuk wang. Anda boleh membeli apa-apa imej yang anda hendak dan tidak banyak benda yang boleh menghalang anda.
  
Hari ini tapak kuasa telah beralih, dan pengguna-pengguna ada kuasa yang sama, atau lebih hebat. Layan pengguna dengan teruk, dan waktu itu juga ramai orang akan tahu tentangnya melalui kemaskini status Facebook dan Twitter. Beri layanan teruk di hotel atau tempat makan dan ulasan segera di Travelocity dan laman-laman lain akan memberi kesan serta-merta. Kalau anda melakukan kesalahan hari ini, tiada cara untuk bersembunyi dari perbincangannya. Banyak jenama masih memilih untuk tidak mengendahkan perbincangan ini, tetapi ia tetap akan berlaku. Oleh kerana keberhubungan yang tidak pernah dialami ini, jenama-jenama hari ini perlu lebih tulen. Tiada lagi cara untuk membeli iklan yang dapat melawan kempen kata mulut negative yang bererusan kerana  media social membenarkan kata mulut untuk mencapai lebih ramai orang lebih pantas dari iklan. Jenama bijak hari ini berinteraksi dengan penggunanya dalam dialog dua hala. Dengan mengguna media social, jenama-jenama boleh mengakui kekurangan mereka dan kesalahan apabila berlaku masalah, dan mereka boleh berkongsi dengan pengguna mereka cara-cara mereka cuba memperbaiki keadaan. Gergasi kabel Comcast satu contoh baik jenama yang telah mengubah dengan drastik kepuasaan penggunanya melalui media social. Di dalam tahun 2008 mereka mula menggunakan Twitter secara aktif untuk memerhati masalah pengguna dan membantu mereka secara proaktif. Layanan pengguna mereka yang sebelum ini teruk semakin baik kian tahun.

Ada juga jenama bijak yang telah memillh untuk menjadikan kekurangan mereka salah satu tarikan mereka. Apa yang akan anda lakukan jika produk anda menjijikkan tetapi sangat-sangat berkesan? Cara lama ialah untuk mengendahkan rasa jijik itu dan menggunakan budget pemasaran anda untuk mempromosikan keberkesanannya. Cara lama ini ialah untuk menceritakan certa versi anda kepada orang ramai, tetapi ia mengendahkan reality. Ubat batuk Buckley’s dari Canada tidak menggunakan jalan ini. Ubat batuk mereka tidak berasa enak. Malah, rasanya sangat teruk. Tetapi ia memang jelas berkesan. Buckley’s mungkin sahaja menggunakan budget pengiklanan mereka untuk menyampaikan kepada orang ramai betapa berkesannya produk mereka dan cuba menyembunikan yang rasanya cukup jelek. Mereka dengan pintar telah mengubah kekurangan ini menjadi suatu kelebihan. Mengapa pilih jalan susah? Slgan Buckley’s ialah, ‘Rasanya teruk, tapi ia berkesan.’
Bijak. Mesej iklan yang bermula dengan sesuatu yang dipersetujui semua pengguna produk itu – rasanya teruk. Tanggapan umum yang ubat patut tidak enak diambil menguatkan lagi mesej yang disampaikan. Al-maklum, ubat yang rasanya seperti gula-gula tidak mungkin berkesan seperti ubat yang teruk rasanya. Itulah cara minda manusia berfikir tentang ubatan! Bergenerasi sudah dibesarkan dengan ubat yang tidak enak. Dengan menyandarkan mesej iklan mereka di atas reality dan kejujuran, Buckley’s telah menjadi sangat-sangat berjaya. Kempen TV mereka menakjubkan, dan video internet mereka sangat-sangat popular. Buckley’s telah mencipta sebah jenama berdasakan ketulenan dan kejujuran.

Marmite ialah sebuah lagi produk, yang buat banyak lidah, tidak enak. Benar, ia diminati ramai di United Kingdom, Australia, dan New Zealand. Tetapi buat majority manusia di dunia, rasa Marmite sangatlah tidak sedap.  Seperti mana Buckley’s, pembikin Marmite memilih untuk tidak melawan tanggapan yang telah jelas. Mereka memilih untuk menerimanya, menonjolkannya, dan berbangga dengannya. Lawat mereka di marmite.com dan anda akan segera dihadapkan dengan dua pilihan. Satu mengatakan “Saya suka” dan yang lagi satu “Saya benci”. Anda mendapat versi laman yang berlainan berdasarkan pilihan anda. Sebuah jenama perlu berani (dan pintar) untuk membenarkan orang ramai secara jelas menyuarakan benci mereka terhadap produk anda di laman pertama laman webnya!
Kalau anda piilh “Saya benci,” anda boleh turut serta benci dalam kempen untuk “hentikan ia dari merebak.” Anda boleh menambah kepada senarai “sepuluh cara untuk merosakkan sandwich,” semuanya menggunakan Marmite. Lama itu turut menampilkan resipe cadangan menggunakan bangkai untuk menutup perisa Marmite! Ya pasti, versi ‘Saya suka” lebih lembut terhadap produk kontroversi ini. Tetapi kedua versi laman itu membenarkan perbincangan tentang jenama itu, dan hakikat yang mereka mengakui dengan terbuka yang ramai benci produk mereka ialah asas untuk perbincangan.
Satu perkara untuk direnungi tentang kejujuran dalam penjenamaan: Kita semua manusia yang mempunyai kekurangan, dan kita hanya boleh memahami dan membina hubungan dengan sesuatu yang ada kekurangan kerana tidak wujud sesuatu yang tidak ada kekurangan. Jikalau anda sedang mencuba untuk mencipta suatu hubungan di antara seorang manusia dengan sebuah produk atau syarikat gergasi tak bermuka, anda akan menempuhi pelbagai kesusahan. Sebaliknya, untuk mencipta hubungan di antara seorang manusia dan suatu jenama yang tidak sempurna, hidup, dan bernyawa, ia jauh lebih mudah.

21 October, 2006

on podcasts

Got a new obsession : podcasts! Yes, i know, though it seems tempting to say its oh-so-passe now, I did try it out previously, only to have my interest peter off due to the lack of podcasts that interest me.

Now, however, its a totally different story. Through podcasts, there is a cost-efficient way to partake in various intellectual pursuit. Here are a list of some of the podcasts I currently subscribe to (with a short description of its contents):

  • Gamelan Podcast - self-explanatory
  • Zaytuna Institute Podcast - one of the more frequently updated and truly multimedia podcasts, contain both audio and video lectures on Islam by Shaykh Hamzah Yusuf and Imam Zaid Shakir, and also documents on Islam
  • Q-News Podcast - of Q-News magazine fame, covers current issues, e.g. Palestine, organic food, mental health from a decidedly Islamic perspective.
  • iKhutbah - various lectures from American Muslim scholars, i.e Imam Suhaib Webb, Imam Siraj Wahaj etc.
  • Radical Middle Way Project - UK podcast with lectures on Islam delivered by noted scholars (in English).
  • mykuliah.net podcast (Malay) - a compendium of ceramahs delivered by famous Malaysian speakers like Dr Harun Din, Aqil Hayy, Ustaz Shamsuri Ahmad.
  • Zirah KLFM 97.2 (Malay) - a favourite show of mine. This is the podcast for Zikrah, the daily morning radio program on KLFM featuring Ustaz Wan Sohor Bani Leman.
The quality of the recordings are generally bearable bearing in mind that most of the episodes are actually lectures recorded live (with the exception of the Gamelan podcast as it is essentially a music program). The Zaytuna podcast deserves extra mention as it truly is a full-featured multimedia podcast and is updated at regular intervals. Its a good thing then, I suppose, that one finds it hard to tire of Hamzah Yusuf and his educational mirth.

There are also podcasts that aim to teach or at least complement the learning of a language. The learn Japaneses podcast is very popular (it was even featured in Time recently), so is the learn Mandarin podcast. However, the arabic language podcasts that I have tried are unsatisfactory,to say the least.

After listening to people like Abdul Hakim Murad, Hamzah Yusuf, Zaid Shakir and others, one finds it tempting to make comparisons with the lectures we regular hear delivered by our homegrown scholars of islam. The content of the Malaysian lectures are rather superficial, as opposed to the deep probing discourses, especially those delivered by people like Abdul Hakim Murad, a professor of Divinity from Cambridge University. There also seems to be greater emphasis on the application of Islam principles to daily life and issues as opposed to merely restricting it to supplications, prayers and the odd political issue. As there is a very obvious spiritual vacuum, perhaps it is timely for our Ustazs and scholars to start speaking in depth and offer their opinions on concerns such as the environment, health, culture, relationships lest people seeking for answers pick up instead the solutions offered that may be incompatible with Quranic principles.

God knows best.